Sunday, April 25, 2010

Kunjungan Orang Utara dan Kelantan ke Rumah Rehat Warisan

Cikgu Muhammad Amin dari Bachok, Kelantan bersama keluarga bermalam di Rumah Rehat Warisan pada 29 April 2010.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar, Perlis.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis, Encik Abdul Aziz Abdullah kerana sudi membenarkan kami pelajar dan guru melawat Terengganu dan Kelantan.

Menikmati sarapan pagi yang ditempah lebih awal.


Sebahagian daripada pelajar perempuan yang menginap di bilik Rumah Rehat Warisan.


Cikgu-cikgu juga sedang bersarapan sebelum berlepas ke destinasi seterusnya.


Sedang menunggu kawan-kawan yang sedang bersiap-siap.


Cikgu Nasir bersama ahli rombongan bersarapan sebelum ke Universiti Darul Iman di Gong Badak.

Cikgu Mohd Akhir bersama keluarga
Kesempatan cuti hujung minggu diguna untuk melancong ke Kuala Terengganu oleh Cikgu Mohd Akhir dan Cg Faridah bersama keluarga dari Pendang, Kedah.



Wednesday, April 21, 2010

Belek-belek Majalah Anis bulan Mei 2010


Rumah Rehat & Homestay Warisan, Teluk Ketapang muncul dalam Majalah Anis bulan Mei 2010. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Untuk mengetahui lebih lanjut, dapatkan Majalah Anis bulan Mei 2010. Terdapat juga resepi-resepi menarik untuk dicuba.

Friday, April 16, 2010

Serabut Geng Dalam Ingatan di Rumah Rehat Warisan

Tenaga Professional dalam Latihan di Syarikat Optimal Paka, Terengganu menghabiskan cuti hujung minggu di Rumah Rehat Warisan, Teluk Ketapang.


Serabut Geng bersarapan sebelum checkout

Sambil minum berbual mengenai aktiviti semalam semasa berada di Sekayu, Kuala Berang.



Ketua Kumpulan Encik Ahmad Muttaqin sedang membakar ayam dalam aturcara BBQ di bawah pokok asam malam tadi.



Keluarga dari Melaka menginap di Rumah Rehat Warisan.

Encik Idris bersama keluarga dari Masjid Tanah, Melaka berkunjung lagi ke Kuala Terengganu. Pagi Jumaat 16 April 2010 dah keluar ke Pasar Payang untuk membeli batik atau songket atau apa-apa saja yang boleh di bawa pulang ke Melaka.