Saturday, November 7, 2009

Lawatan Pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Pelajar-pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang melawat Terengganu mulai 6hb Nov.2009

Jam 8 pagi 7 Nov. 2009 selepas sarapan kami akan melawat Nor Arfa Batik di Chendering, bengkel membuat barangan tembaga di Ladang dan seterusnya ke Pasar Kedai Payang. Sebelum mendapatkan ICT di Pantai Teluk Ketapang jam 6 petang kami akan melawat Masjid Kristal di Pulau Wan Man.

Wednesday, October 28, 2009

Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka


Pelajar Politeknik Merlimau bergambar kenangan di Laman Rumah Rehat Warisan. Teluk Ketapang, Seberang Takir.


Makan apa tu?

Bersarapan di bawah pokok

Saturday, October 24, 2009

Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman

Pemain Hoki Sek.Keb Teluk Kalong, Kemaman bersama guru-guru di Rumah Rehat Warisan, Teluk Ketapang sebelum bertemu pasukan SK Tengku Ampuan Intan pada pagi ini 24hb Oktober 2009.

Sebelah petang pemain sekali lagi bertarung dan akhirnya berjaya mendapat gelaran Naib Johan.

Monday, October 19, 2009

Keluarga Encik Zam di Rumah Rehat Warisan

Dari Pulau Langkawi Encik Sairudin Norazam datang ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu kerana Konvokesyen anak perempuannya. Mereka menginap di Rumah Rehat Warisan selama tiga hari.
Oh ya! sebelum pulang nak juga beli keropok lekor Seberang Takir.


Sebelum berlepas pulang, Encik Zam sekeluarga bersarapan Nasi Dagang di Warong ABBA Teluk Ketapang.

Sunday, October 4, 2009

Pelajar Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Perak.

Pelajar-pelajar dari Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Perak bergambar di Dataran Rumah Rehat Warisan. Teluk Ketapang, Kuala Terengganu pada 4 Oktober 2009.

Thursday, September 24, 2009

Ustaz Yazid di Rumah Rehat Warisan

Ustaz Ahmad Yazid bin Abdul Aziz Al-Asady sekeluarga dari Bota, Perak beraya di Terengganu dan menginap di Rumah Rehat Warisan.
Bergambar di depan Rumah Bboreh sebelum keluar sarapan Nasi Dagang di Chendering.





Wednesday, September 23, 2009

Pengunjung regular dari Perak

Pengunjung dari Selama, Perak Encik Husni Mohd Yunus bersama keluarga di Rumah Bboreh Warisan, Teluk Ketapang, Seberang Takir.